Nasik Ayam Madu
My favourite kot....hush...first time try....study dlm internet trough Mr Google!!! alhamdulillah...berkat kali pertama niat nak buat tu...menjadi lak....huhuhu....
Bahan-bahan ( 2 orang )
2 cawan beras
1/4 bawang besar
2 sudu mentega
sehelai daun pandan
2 kiub ayam
madu
kicap pekat
1/2 ekor ayam
2 sup bunjut adabi
sos tiram
1/2 sudu serbuk lada putih
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
daun bawang
daun sup
bawang goreng
daun salad/timun
Cara-cara :-
Bersih ayam. Potong ikut suka
Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh
sos kicap:-
Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi
Sos cili :-
bahan- bahan
5 tangkai cili merah*
5 biji cili padi*
1 biji tomato*
3 ulas bawang putih*
2 sudu besar cuka*
3 sudu besar sos cili
Sedikit gula
2 senduk sup nasi ayam
Cara- cara:-
Blender bahan2 bertanda * , kemudian campurkan bersama bahan2 lain. Masak hingga agak pekat. Siap. (saya tak guna cuka)
Haaa nilah dia!!! btw, sebelum jadik camni...ada kisah disebaliknya...ingatkan tamo goreng....so saya pon bakar lepas perap...then...keluar oven cam tak menarik...So i decide untuk goreng je....then, baru lah nampak cam cantik!!! aiseh perasan lak kan....hahaha....tapi seriously menjadik!!! thanks to Mr. Google~~
No comments:
Post a Comment