Fridge Magnet



Terlalu banyak key chain yang orang bagi, dari family member sampai lah ke kawan-kawan masa study dulu, office mate....dulu saya suka gantung dekat office. then datang lah musim 5s yang time kena sisih barang2 yang tak berapa penting....then saya pon kutip baliklah keychain yang tergantung di bilik tu....bawak balik rumah letak dalam kotak....

Suatu hari, saya pon menyisihlah barang2 lama kat rumah, kononnya nak buat 5s kat rumah pulak kan....baru kemas dan teratur....huhuhu...then bukak kotak lama...tgk balik key chain present dari orang tu sayang la tak gantung kan.banyak jugaklah keychain tu almost 90..then bila pikir2...i decide to buy magnet aje...then after carik dan warwarkan kepada kawan2 mana nak carik magnet ni, akhirnya jumpa jugak...beli kat uptown!! hahaha..... Then bermulalah aktiviti yang agak menyeronokkan!!...


Ini antara key chain yang orang bagi...tapi yang ni sayang nak tampal kat fridge..huhu...then saya simpan yang ni



haaa inilah yang selebihnya yang akan diubah menjadik fridge magnet!! yeay~~~ love it





What we need is glue gun and magnet supaya saya dapat merealisasikan product seperti yang diinginkan...



This is the new product ~~ semuanya sudah siap bertampal dengan magnet. Jom kita ke dapur



Tadaaa....sudah siap ditampal!!! hoho...bila boring kat dapur saya selalu tgk fridge magnet yang orang kasik tu...bila tgk ianya akan lebih mengingatkan orang yang kasik hadiah tukan...so takdela kita buang je...kalau orang yang kasik tu tengok pun insyaAllah dia pon happy right!!...



Haaa ni sebelah tepi fridge...sebelah tepi ni saya letakkan khas untuk resipi masakan saya!!


Haaa kalau awak2 semua pon ada banyak key chain yang memang takde tempat dah nak gantung, why not transform kan je jadik fridge magnet..hiiiiiiiiiiii



Dating with Baby Ninja!

Hai semua....semalam best!! boleh cuba naik baby ninja!! hahahaha....motor baru abang smith Jr. yeay!!! tercapai jugak impian dia~~ congrates2~~~ tapi apepon kitaog tumpang gembira untuk dia..dia menyimpan betol2 nak beli baby ninja tu...without any loan...kagum2...Congrates to Smith Jr!!!


If tak silap motor dia ZX-10R

Siap letak nama tu tak tahan...ingat jugak dekat arwah




Hahaha...sempat gak lah merasa naik motor ni....dulu motor biru tak sempat merasa




Yeay!!! rasanya cam besh gile....belom dgr bunyi motor dia lagik....



U olls nak tgk tak sape owner baby ninja ni??? nanti saya akan update okie~~







Makan-Makan di hujung minggu -Nasi Ayam Madu

Nasik Ayam Madu


My favourite kot....hush...first time try....study dlm internet trough Mr Google!!! alhamdulillah...berkat kali pertama niat nak buat tu...menjadi lak....huhuhu....






Bahan-bahan ( 2 orang )


2 cawan beras 
1/4 bawang besar
2 sudu mentega
sehelai daun pandan
2 kiub ayam
madu
kicap pekat
1/2 ekor ayam
2 sup bunjut adabi
sos tiram
1/2 sudu serbuk lada putih
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
daun bawang
daun sup
bawang goreng
daun salad/timun


Cara-cara :-


Bersih ayam. Potong ikut suka

Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang

Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak

Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.

Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh

sos kicap:-
Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi 


Sos cili :-



bahan- bahan
5 tangkai cili merah*
5 biji cili padi*
1 biji tomato*
3 ulas bawang putih*
2 sudu besar cuka*
3 sudu besar sos cili
Sedikit gula
2 senduk sup nasi ayam


Cara- cara:-



Blender bahan2 bertanda * , kemudian campurkan bersama bahan2 lain. Masak hingga agak pekat. Siap. (saya tak guna cuka)







Haaa nilah dia!!! btw, sebelum jadik camni...ada kisah disebaliknya...ingatkan tamo goreng....so saya pon bakar lepas perap...then...keluar oven cam tak menarik...So i decide untuk goreng je....then, baru lah nampak cam cantik!!! aiseh perasan lak kan....hahaha....tapi seriously menjadik!!! thanks to Mr. Google~~ 



Wedding Zainal Aroha di PWTC

2 minggu lepas(7 April2012) saya dan office mate kena jadik usher untuk wedding anak boss kitaorg kawen...but before that, boss dah buat meeting untuk kami arrange wedding his son lah kan....then kami memulakan lah tugas2 kami sebagai usher...kui3...

On That Day, kami datang seawal 11 pagi untuk rehearsal...majlis start malam jam 7.30....

haaaa....sedang kami mempersiapkan dewan dan bersiap sedia nak rehearsal, si kenit Aleesya ni sgt lah membuat saya tak tahan... so saya pon dokonglah dia....ehhh siap lentok lak...selesa sgt la tu aleesya lentok....
























Usually aleesya ni tak nak dukung dgn orang...except her mother la kan....Ilyani Ek nilah mama nye...But that day nak pulak dengan saya dan hery...hahahaha...
























Haaaa....bride groom ni dah ready for rehearsal....hahaha...praktis jalan ke pelamin...Yang MC ni plak, sempat sengeh2...and suara dia pon dah ready untuk dipasarkan...




Ini adalah pelamin bride groom on that day...pelamin dorang cantik...sebelah pelamin ada air pancut...sempat nengok masa technician pwtc tu pasang kan...pakej sekali dgn pelamin.


Haaa... time rehearsal ni de lah kisah lucu sikit...kaki aroha ni panjang...bila letak kaki atas kekuda tu cam tak sesuai...so kitaorg mintak dia tak payah guna kekuda tu....lagi cantik dorang berdua tak guna kekuda tu....




Aleesya yang comel bermain sorang-sorang dgn stroller dia....


Kitaorg habis rehearsal around 4 p.m.   then kitaorg check in hotel yang telah disediakan oleh boss...dekat Seri Pasific...sebelah je hotelnya...huhu...best2...tapi kitaorg kena buat one more rehearsal on 6 p.m untuk make sure all in good condition and teratur. Especially lighting, penari, band, mc dan etc.



Sempatlah jugak berposing dgn baju usher free ni dekat photo booth sebelum start majlis....


Makan time!!! alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar...


Husband, me and kak diyana(officemate)


Krew ada yang terpaksa makan di akhir majlis, sebab ada yang kena jaga lighting, pentas, band and penari...MC pon sama...



Lebih dari 14 people yang jadik usher...dorang bagi support yang sgt baik...demi boss la katekan...



Together with Ilyani Ek and sweet child, Aleesya!! love her so much...


Ini adalah antara officemate, ex officemate pon ada...hahaha...


This is the Bride Groom on that day....tapi saya tak sempat nak amik gambar...




yeay!!! kami dah siap makan~~~majlis selesai~~~ congrates to my Boss...Ir.Hj.Zainal Arsad Bin Md Amin dapat menantu sulung!!! Boss memang terbaik!!




Hantaran Tunang

huhu.....lama tak story...ni nak share cerita tentang Ilyani Ek...dia mintak saya buatkan bunga hantaran untuk pertunangan adik kesayangannya...huhu...dahla tak pernah buat bunga tu...tapi sebab kepercayaan dia saya buatkan jugak. hiiiii.......... Ni la beberapa gambarnya...Gambarnya diberi contoh oleh Ilyani Ek...tengok gambar then terus gi beli barang kat K.L...


Ni first preparation....belajar buat bunga melalui internet!!! thanks Mr. Google~~~




Nilah antara kerja-kerja tangan saya yang tak bape nak kreatip tu...hahaha....thanks Kak Nurul Ilyani Ek!!!

***Blood Group and Characters***

Hye u olls~~~Today sharing is all about blood group and characters.... What is your blood type??? huhu...Don't forget to read this article yaaa!!!

According to a Japanese institute that does research on blood types, there are certain personality traits that seem to match up with certain blood types. 



Blood type O:
The Natural Leader

Positive qualities:Ambitious, Trendsetter, Independent, Loyal, Athletic, Robust, Passionate and Self-confident. calm, patient, in control of their emotions, strong-willed, unyielding and full of self-confidence despite a quiet appearance.


Negative qualities:
Arrogant, Jealous, Insensitive and a tendency to be too competitive


Compatibility:O is most compatible with blood types AB and O.


Blood type A:
The Perfectionist


Positive qualities:Reserved, Harmony,Peace,Patient, Sensitive, Responsible and Punctual

Negative qualities:Obsessive, Stubborn, Conservative and Tense.

Compatibility:A is most compatible with blood types A and AB.








Blood type B:
The Individualist

Positive qualities:Creative, Passionate, Strong, Animal loving, Optimistic, Creative and Flexible.You adapt easily to any situation.


Negative qualities:Wild, Unsociable, Critical, Indecisive, Unpredictable and Unforgiving.


Compatibility:B is most compatible with blood types B and AB.






Blood type AB:
The Rationalist

Positive qualities:Cool and controlled, you're generally well liked and always put people at ease. You're a natural entertainer who's tactful and fair. 


Negative qualities:Forgetful, Critical, Indecisive, Irresponsible and Self-centered.


Compatibility:AB is compatible with all other blood types. (A, B, AB, and O)



Check out if its matches.

Warna Mengikut Hari ** Yuhuu****




Just nak share dengan with u guys!! huhuhu....


HARIWARNA
ISNINPUTIH
SELASAPINK / VIOLET
RABUBIRU
KHAMISKUNING / OREN
JUMAATHIJAU
SABTUMERAH
AHADHITAM



Dengan menggunakan beberapa peralatan canggih seperti spectrum analyzer, kita dapat menentukan vibration visual light yang tersebar di dalam atmosfera dalam sesuatu hari malah dalam sesuatu waktu dan keadaan.
Hasil daripada kajian ini, berikut ialah beberapa contoh penemuan saintifik hasil kajian terhadap warna yang resonan terhadap sesuatu hari. Penemuan ini diterangkan dalam bentuk Human Physiology.

Isnin

Warna putih adalah warna perangsang Kelenjar Pine dan Kelenjar Pitutary. Warna putih akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh berada dalam keadaan hening. Salah satu cara untuk mendapatkan keheningan ialah dengan tidur awal. Mereka yang tidak mendapat waktu tidur yang betul akan menjadi lemah semangat, letih dan tidak bersedia menghadapi hari Isnin. Biasanya mereka yang tidak mendapat warna perangsang ini akan merasa malas untuk ke tempat kerja setiap hari Isnin.
Jika kita mendapat tidur yang mencukupi, hari Isnin sepatutnya ialah hari yang paling sesuai untuk mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan keazaman yang baru. Isnin ialah hari terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen pada hari ini.
Bunga warna putih jauh lebih mekar pada hari Isnin berbanding hari lain. Pokok bunga putih yang ditanam pada hari yang lain biasanya sukar untuk hidup atau berbunga tetapi masalah ini boleh diatasi sekiranya ia ditanam pada hari Isnin.
Rawatan yang sesuai dijalankan pada hari Isnin ialah penyakit seperti lemah semangat, kelesuan, hilang keyakinan diri, halusinasi, pelupa, epilepsi, amnesia (nyanyuk) dan beberapa penyakit lain yang berkaitan dengan Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pitutary. Mereka yang mendapatkan rawatan seperti yang dinyatakan di atas didapati akan lebih cepat sembuh berbanding dengan hari lain, Insya Allah.

Selasa

Mereka yang mengalami migrain akan merasa kelegaan setiap hari selasa.
Thalamus berperanan menjaga kasih sayang dan penghayatan. Hari ini ialah hari yang paling sesuai untuk beremosi, meluahkan perasaan kasih sayang kepada pasangan masing-masing. Ini juga adalah hari yang sesuai untuk mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana masalah tersesat atau keletihan ketika sedang mengembara diimbangi dengan tahap penghayatan yang tinggi pada hari ini.Dengan berpakaian pink, kuasa pujukkan terhadap anak atau pelajar yang degil bertambah kuat. Begitu juga pujukan terhadap pesakit atau orang yang ingin membunuh diri. Elakkan memakai pakaian merah untuk memujuk mereka kerana mereka akan menentangnya dengan serta merata dan akan meneruskan hasratnya untuk melawan atau membunuh diri dengan sekelip mata.Adalah disarankan agar anggota bomba perlu menukar pakaian ke warna pink sebelum memujuk orang yang mahu membunuh diri.Rawatan yang sesuai dijalankan pada Selasa ialah migrain, Attention-Deficit / Hyperactivity Disorder ADHD (kanak-kanak bermasalah) atau yang berkaitan dengan bahagian otak Thalam.

Rabu
Warna biru ialah warna perangsang kelenjar Tyroid. Biru ialah warna yang menjadikan gelombang dalam bentuk bunyi lebih resonan. Pada hari Rabu didapati kicauan burung lebih merdu (resonan dan bermomentum, tidak terputus-putus garisan gelombangnya).
Pada hari Rabu, didapati paras hormon thyroxine yang dirembeskan oleh Kelenjar Tyroid berada pada tahap optimum. Paras thyroxine yang optimum menjadikan segala yang dihasratkan oleh hati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata-kata. Oleh itu, hari rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyuarat, berpidato dan sebagainya.
Berbanding dengan hari yang lain, penyakit yang berkaitan dengan Tyroi seperi goiter (beguk), tongsel, penyakit kerongkong dan sebagainya akan mudah pulih sekiranya mula dirawat pada hari Rabu.

Khamis

Warna kuning ialah warna rangsangan sistem penghadaman dan warna oren ialah warna kesuburan, hormon dan sistem reproduksi .Kemuncak warna kuning ialah sepanjang siang hari. Pada hari ini dinasihatkan agar kita tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi peluang sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya. Sistem penghadaman yang amat bertenaga pada hari ini sesuai untuk menghadamkan segala sisa makanan di dalam tubuh untuk menjadi zat dan tenaga yang amat diperlukan. Pada hari Khamis, asid folik yang amat sukar dihasilkan pada hari biasa didapati dapat dihasilkan dengan banyak dalam tubuh. Bagi mereka yang berdiet pada hari Khamis, didapati kandungan urik asid, lemak dan protein dipecahkan dan ditukar menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak.Warna oren merangsang sistem kesuburan lalaki dan wanita. Oleh itu, hari khamis ialah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat.Pada hari Khamis, penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman dan sistem reproduksi mudah dirawat dan mencapai tahap penyembuhan yang pantas berbanding apabila ia dirawat pada hari yang lain.

Jumaat

Hijau ialah tahap vibration yang menyamai tenaga yang merangsang fungsi Jantung dan Paru-paru.
Pada hari Jumaat, didapati aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap yang paling maksimum. Kemuncak aktiviti klorofil berlaku pada waktu tengah hari iaitu sejam setelah matahari tergelincir ke barat (sejam setelah solat Jumaat).
Hari Jumaat ialah hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga. Senaman pernafasan yang dijalankan pada hari Jumaat akan member kesan menakjubkan pada hari ini berbanding hari-hari yang lain.
Biasanya pada hari-hari yang lain kita akan merasa lemas apabila berada dalam himpunan orang ramai. Tetapi amat menghairankan kerana setika di dalam masjid pada waktu solat Jumaat didapati kita tidak merasa lemas atau rimas walaupun saling berhimpit-himpit dengan kesesakkan.
Hari Jumaat ialah hari yang paling sesuai untuk menjalankan rawatan berkenaan penyakit kardiovaskular (Jantung ) dan respirasi (Paru-paru ) kerana paras oksigen dalam atmosfera berada pada tahap yang tertinggi pada hari ini.

Sabtu

Merah ialah warna yang menyamai vibration bahagian Usus, Otot, Darah, Tulang dan Saraf. Organ yang berwarna merah ini banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh.Hari sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti seperti bersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya. Bagi mereka yang mengalami penyakit yang berkaitan dengan Usus, Darah dan Ot atau Tulang dan Saraf, amat sesuai memulakan rawatan pada hari sabtu. Memulakan rawatan bagi penyakit yang berkaitan dengan organ merah ini pada hari yang lain selain sabtu biasanya akan memberi implikasi kesan pembongkaran di mana pesakit akan merasa kesakitan dalam proses penyembuhan.

Ahad

Tenaga spektrum pada hari Ahad adalah menyamai pada hari Isnin. Perbezaannya ialah gerakkan zarah pada hari ahad didapati lebih tertumpu kepada sesuatu kawasan berbanding dengan semua hari yang lain di mana pergerakan zarah adalah rawak. Gerakkan zarah dalam atmosfera amat pelik kerana menyamai keadaan zarah dalam air.
Gabungan semua warna dalam udara akan membentuk warna putih, tetapi gabungan semua warna dalam air akan membentuk warna kegelapan atau hitam. Hari Ahad adalah gabungan semua warna dalam keadaan zarah yang menyamai sifat air.Gabungan semua warna akan mempertenagakan seluruh tubuh. Tetapi kewujudannya dalam keadaan zarah yang hanya bergerak dalam kawasan setempat menjadikan tenaga ini separa matang (magnitud) dan masih belum mampu mempertenagakan mana-mana bahagian tubuh.Oleh itu, hari Ahad ialah hari yang sesuai untuk beristirehat. Sebaik-baiknya bercutilah pada dari Ahad. Hari rehat ini ialah hari terbaik untuk bersama keluarga tercinta. Menjalankan sebarang aktiviti teruatamanya aktiviti lasak hanya akan mendatangkan kemudaratan terhadap tubuh.Memandangkan hari Ahad mempunyai penyerakkan zarah yang tidak stabil, pakaian berwarna hitam mengelakkan diri daripada terdedah kepada golombang asing yang boleh memudaratkan. Pengamal seni mempertahankan diri yang mengenakan mengenakan tali pinggang hitam dan pakaian hitam akan merasa bebas dari kongkongan atau pengaruh gangguan tenaga asing.

Defisini Resonan Warna Hari

Resonan bermaksud " mach," sepasang, mematuhi Hukum Keseimbangan atau sealiran dan serasi. Sesuatu yang dijalankan ketika resonan menjadikan hasil kerja tersebut berjalan lancar dan mendatangkan hasil yang banyak.
Setiap hari terdapat sesuatu warna yang resonan dengannya. Oleh itu, segala aktiviti yang dijalankan hendaklah diresonankan dengan warna setiap hari.
Kaedah terbaik untuk mendapatkan resonan hari ialah dengan mengenakan pakaian yang sama dengan getaran warna yang mendominasi hari.

Hari Isnin kenakan pakaian Putih.
Hari Selasa pakaian Pink atau Violet
Hari Rabu pakaian Biru.
Hari Khamis pakaian Kuning atau Oren.
Hari Jumaat pakailah Hijau. 
Hari Sabtu pakaian Merah.
Hari Ahad pakailah Hitam. 

Pakaian tidak semestinya perlu satu warna. Boleh dikenakan pelbagai warna tetapi dominankan warna yang resonan pada setiap hari tersebut. Bagi kaum wanita, tudung yang menyamai warna hari juga telah memadai. Begitu juga lelaki, warna baju sahaja yang menyamai warna hari juga telah memadai. Semoga anda bergembira dengan pakaian kegemaran yang dikenakan mengikut warna yang resonan terhadap hari.