Indigestion/ Ketakcernaan semasa hamil

Mengapakah saya sering rasa kembung dan tidak selesa selepas makan?

Tahap hormon yang tinggi yang dihasilkan oleh badan anda pada awal kehamilan mengendurkan otot-otot di seluruh badan. Ini termasuklah otot-otot dalam sistem pencernaan anda, lantas menyebabkan proses pencernaan menjadi lambat. Selepas makan, ia boleh menyebabkan ketakcernaan, yang menyebabkan anda rasa:

Bolehkah ketakcernaan memudaratkan bayi?

Tidak. Ia mungkin menjengkelkan, tetapi masalah ini tidak memudaratkan bayi anda. Sistem pencernaan anda yang perlahan mungkin berfaedah bagi bayi kerana ia memberi lebih masa kepada badan untuk menyalurkan nutrien melalui plasenta.

Apakah yang boleh saya lakukan untuk melegakan masalah ketakcernaan ini?

Anda mungkin terpaksa bertahan dengan masalah ini semasa anda hamil, tetapi ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk melegakan atau mengelakkan kembung:
  • Elakkan dari memberi tekanan berlebihan kepada perut anda semasa ia sedang mencernakan makanan selepas anda makan. Duduk tegak, pakai pakaian yang longgar dan selesa, dan tunggu sekurang-kurangnya satu jam selepas makan sebelum anda baring. Jika anda perlu membongkok, bengkokkan lutut dan bukannya pinggang.
  • Makan beberapa hidangan kecil sepanjang hari, berbanding makan tiga hidangan besar. Ambil masa untuk makan dan kunyah makanan sehingga benar-benar hancur.
  • Elakkan makanan yang boleh menyebabkan ketakcernaan. Di antara makanan yang berkemungkinan menyebabkan ketakcernaan termasuklah makanan yang berlemak dan pedas, coklat dan jus buah-buahan. Anda boleh cuba simpan diari makanan untuk melihat makanan mana yang membuatkan simptom anda menjadi lebih teruk.
  • Minuman yang mengandungi kafein atau alkohol juga boleh memburukkan lagi ketakcernaan. Lagipun, anda memang perlu mengurangkan pengambilan bahan-bahan ini.
  • Jangan merokok. Ia bukan sahaja sangat memudaratkan bayi, tetapi juga boleh mengendurkan injap di antara perut dan saluran makanan anda. Ini bermakna, anda lebih mudah mengalami ketakcernaan dan pedih ulu hati.
  • Jika anda mengalami ketakcernaan pada waktu malam, cuba makan malam sekurang-kurangnya tiga jam sebelum anda masuk tidur. Juga, cuba tidur dengan bahagian atas tubuh anda ditinggikan menggunakan beberapa biji bantal.
  • Lawatlah web site ni kalau nak tahu lebih lanjut ye www.babycenter.com.my